Laman akaun facebook lucah jadi kegilaan ramai remaja gila seks. Golongan remaja masa kini ibarat gila seks apabila mereka dengan selamba mewujudkan beberapa akaun yang memuatkan gambar-gambar lucah membabitkan wanita tempatan atau warga asing menerusi laman sosial Facebook.
Sekurang-kurangnya terdapat 15 akaun sedemikian telah diwujudkan dan telah menarik minat lebih 1,000 pelayar Internet yang rata-ratanya remaja untuk menjadi pengikut. Kesan perbuatan itu bukan sahaja bakal melahirkan remaja yang rosak akhlak malah bakal menjadikan laman sosial yang popular pada masa kini medan untuk menyiarkan gambar-gambar yang mengaibkan.
Lambakan laman-laman web yang wujud itu boleh mempengaruhi minda terutamanya golongan remaja yang semakin meminati laman sosial berkenaan pada masa kini.
Sumber : melvister
0 comments:
Post a Comment