SEREMBAN – Pengunjung sebuah kolam renang yang sedang seronok bermandi manda tergempar apabila mendapati seekor ular sawa batik sepanjang empat meter turut berendam bersama mereka dalam satu kejadian di Kelab Rekreasi Sungai Ujong di sini, semalam.
“Selepas melihat ular, perempuan itu kemudian naik ke permukaan dan menjerit memberi amaran kepada pengunjung lain,” katanya.
Ketika kejadian itu, Kok Kiong sedang duduk bersantai di tepi kolam itu.Pihak pengurusan kelab kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan sebuah van berserta empat anggota dihantar untuk menangkap ular itu.Jurucakap Bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kemungkinan ular sawa terbabit datang dari kawasan belukar berhampiran dengan kelab itu. – Bernama
0 comments:
Post a Comment