Lindsay tak insaf lagi


LINDSAY... penuh kontroversi.
LINDSAY... penuh kontroversi.
TAHUN ini tahun yang penuh kontroversi dan telah menyebabkan dia diletakkan di bawah tahanan rumah kerana mencuri rantai.
Maka, tidak salah sekiranya Lindsay Lohan mahu kelihatan seperti orang biasa ketika melangkah keluar dari rumahnya di Los Angeles, baru-baru ini.




Aktres yang berusia 25 tahun itu seperti tidak mahu dikenali. Dia hanya berseluar pendek denim dipadankan dengan kemeja- T dan but hitam ketika menghantar sampel darah dan air kencing yang diwajibkan ke atasnya di sebuah pusat kesihatan setempat.

Tapi dengan rambut panjang perang yang ditocang dan memakai cermin mata hitam, usaha Lindsay untuk tidak dikenali, gagal.


Awal minggu ini, aktres itu dilihat menghadiri konsert ‘Coldplay’ bersama adiknya Ali.


Lindsay dikatakan marah apabila dia tidak dibenarkan masuk ke belakang pentas untuk bertemu kumpulan itu selepas tamat persembahan.

Sumber memberitahu The Sun: “Bila Lindsay diberitahu yang pas yang dimilikinya tidak membolehkan dia masuk ke belakang pentas, dia mula berang.

“Dia membantah kepada urusetia yang menguruskan senarai tetamu dengan harapan mereka akan menukar fikiran tetapi mereka tetap berkeras.

“Dia bertambah marah apabila dapat tahu yang aktres Kate Bosworth ada di situ, berbual dengan Gwyneth Paltrow dan ahli kumpulan itu. Akhirnya dia bengang dan terus keluar.”

Persembahan Coldplay itu adalah acara yang biasa bagi Lindsay berbanding dengan pesta yang dihadiri kebelaka�ngan ini.

Bintang ‘The Mean Girl’ itu dilihat menghabiskan masa bersama Paris dan Nicky Hilton di beberapa acara tetapi kegemarannya berpesta dengan kawan-kawan telah menyebabkan ahli keluarga termasuk bapanya, Michael, bimbang Lindsay mung�kin kembali ke tabiat lama.

Kata Michael: “Saya bimbang dengan orang yang berada di sekeliling anak saya.
Dia sering bersama orang yang mahu menyusahkannya.

“Memang apa yang berlaku pada Lindsay ini adalah sesuatu yang sedih dan menakutkan. Saya mahu dia selamat.”

Dia memberitahu RadarOn�line, hanya satu cara saja untuk Lindsay kembali ke pangkal jalan, iaitu sentiasa bersama adiknya Ali.

Katanya: “Apa yang dia perlukan sekarang adalah keluarganya. Hanya Dina, Michael, Cody, Ali dan saya saja yang dapat membantunya untuk kekal serius.

“Dia perlu pulang. Dina dan saya mampu memberi sokongan kepadanya. Mungkin Lindsay patut masuk ke kolej dengan Ali.”

Lindsay diberi tempoh hingga Julai 2012 untuk menamatkan 480 jam khidmat kebajikan tetapi setakat ini dia hanya berjaya menamatkan 40 jam saja dan hakim tidak akan memberikannya masa tambahan.

Katanya: “Apa agaknya yang boleh buatkan dia dengar nasihat kami? Penjara bukanlah tempat untuknya, tapi dia perlu ke pusat pemulihan untuk memahami masalahnya.

“Dia pernah berada di tempat pemulihan yang paling teruk dalam negara ini.
Walaupun pusat itu terkenal, ia tidak bermakna mereka mempunyai program yang sesuai untuknya.”



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top