Rahsia kentut

Manusia dan kentut tak dapat dipisahkan,sebab kalau kita tak kentut dah ajal la tuhh.hahaha
tapi manusia nih banyak karakter-2 untuk mengelakkan diri ada yang bangga dengan kentut sendiri ^^


PELUPA - Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia yang kentut.

TIDAK JUJUR - Orang yang kalau kentut selalu menyalahkan orang lain.

PANAS BARAN - Orang yang suka marah walaupun terbau kentutnya sendiri.

BINGUNG - Orang yang menahan kentutnya berjam-jam.

TIDAK SIHAT - Orang yang apabila batuk dia terkentut.

RAMAH - Orang yang tak kisah bau kentut orang lain.

BERWAWASAN - Orang yang tahu masa terbaik untuk kentut.

GUGUP - Orang yang tiba-tiba terkentut apabila disergah.

JUJUR - Orang yang mengaku apabila sudah kentut.

KELAKAR - Orang yang bila ketawa sambil kentut.

PINTAR - Orang yang boleh menghuraikan bau kentut orang lain, contohnya bau telur rebus dan durian.

SOMBONG - Orang yang suka mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

PELIK - Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

BODOH BANGANG - Orang yang kalau sudah kentut, menghirup udara untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

Budak yang cita cita yang tinggi

Hahaha naik bulu roma aku bila budak ni bila jadi pompuan,memang awesome la ^^



Seluar dalam 1 Malaysia


ni lah rupa brand seluar dalam 1Malaysia.mungkin seluar dalam ni ada dekat kedai 1Malaysia kot..support buatan malaysia.so apa pandangan korang ?

Ular Sawa Berendam Bersama Ahli Kelab Di Kolam Renang

SEREMBAN – Pengunjung sebuah kolam renang yang sedang seronok bermandi manda tergempar apabila mendapati seekor ular sawa batik sepanjang empat meter turut berendam bersama mereka dalam satu kejadian di Kelab Rekreasi Sungai Ujong di sini, semalam.

Menurut seorang ahli kelab, Chong Kok Kiong, 50-an, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, terdapat lapan orang termasuk kanak-kanak sedang bermandi manda dalam kolam sedalam antara 1.2 hingga 3.04 meter."Seorang perenang wanita kemudian melihat ada satu benda hitam di bawah tangga besi di dalam kolam. Dia kemudian menyelam untuk melihat lebih dekat.

“Selepas melihat ular, perempuan itu kemudian naik ke permukaan dan menjerit memberi amaran kepada pengunjung lain,” katanya.
Ketika kejadian itu, Kok Kiong sedang duduk bersantai di tepi kolam itu.Pihak pengurusan kelab kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan sebuah van berserta empat anggota dihantar untuk menangkap ular itu.Jurucakap Bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kemungkinan ular sawa terbabit datang dari kawasan belukar berhampiran dengan kelab itu. – Bernama

Gambar perompak dibelasah dan dibakar




PORT-AU-PRINCE - Sekumpulan lelaki dan kanak-kanak melihat mayat pencuri yang berdarah selepas dia dipukul oleh beberapa lelaki dengan kayu di Petionville, Port-au-Prince, Haiti.

Gambar itu yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan mayat lelaki tersebut berada dalam keadaan bogel sebelum dibakar.

Lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas dia dituduh mencuri semasa penduduk Haiti berada dalam kelaparan untuk mencari makanan selepas banyak kedai dan pasar raya runtuh ekoran gampa bumi yang berlaku pada Selasa lalu.

Kumpulan-kumpulan bersenjata parang turut berkeliaran untuk mencari makanan manakala insiden bergaduh berebutkan makanan turut berlaku.

Kira-kira 4,000 banduan yang terlepas dari penjara yang runtuh akibat gempa bumi di Haiti kini berkeliaran di bandar raya tersebut.

Tentera Amerika Syarikat (AS) turut menggugurkan bantuan makanan di beberapa kawasan dari helikopter.

Gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter menyebabkan lebih 200,000 orang dilaporkan terkorban.

Setakat ini punca sebenar kematian akibat gempa bumi itu tidak diketahui. - Agensi/Kosmo



Hukuman Butakan Mata di Iran Ditunda


Seorang lelaki di Iran akan dibutakan kedua matanya sebagai balasan telah membutakan mata seorang wanita. Namun, rencana tersebut tertunda karena banyaknya protes yang menentang hukuman ini.
Dilansir dari laman Asian News Internasional, lelaki bernama Majid Movahedi rencananya akan dibutakan matanya oleh Ameneh Bahrami, 32, pada Sabtu, 14 Mei 2011, di bawah pengawasan pengadilan Iran. Bahrami akan menyuntikkan 20 tetes cairan asam ke dalam mata Mohavedi hingga dia buta sebagai bentuk hukuman qishash.

Hukuman ini diberikan kepada Movahedi setelah dia terbukti bersalah telah menyiramkan cairan asam ke wajah Bahrami pada 2004 lalu lantaran lamarannya ditolak. Akibat tindakan ini, mata Bahrami menjadi buta dan seluruh wajahnya hancur. Untuk menyembuhkan luka-lukanya, Bahrami harus menjalani 19 kali operasi di Spanyol.

Tidak terima diperlakukan demikian, Bahrami menuntut diberlakukannya hukuman qishash atas Movahedi. Akhirnya, pada 2008, pengadilan Iran mengabulkan permintaan Bahrami.
Pengadilan Iran memberikan kesempatan bagi Bahrami untuk mengubah hukuman tersebut. Namun dia bergeming, tetap pada pendiriannya semula. "Saya dengan tegas tetap akan melakukan qishash. Saya mau qishash, dengan begitu saya akan ikhlas," ujarnya.

Rencananya hukuman ini akan dilangsungkan pada Sabtu sore. Namun menurut sumber yang tidak ingin disebutkan namanya, hukuman ini ditunda oleh pengadilan Iran. "Hukuman Qishash Movahedi telah ditunda untuk jangka waktu yang tidak diketahui," ujar sumber dilansir dari kantor berita ISNA.

Tidak ada keterangan jelas mengapa hukuman tersebut ditunda. Menurut laman Daily Mail penundaan terjadi akibat banyaknya protes dan kritik baik dari dalam maupun luar negeri. Salah satu organisasi yang menentang hal ini adalah Amnesty International.

Hassiba Hadj Sahraoui, wakil direktur Amnesty International Program Timur Tengah dan Afrika Utara, mengatakan bahwa pemerintah Iran memiliki kewajiban di bawah hukum internasional untuk tidak melakukan hal tersebut.

"Terlepas dari penderitaan yang diterima oleh Ameneg Bahrami, hukuman dibutakan matanya dengan asam adalah siksaan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan," ujar Sahroui

Kerana tak mampu,Nenek jual cucu


Dijerat kebutuhan ekonomi, seorang nenek asal Florida, AS, nekat menjual cucunya yang masih bayi.

Patty Bigbee (46) tak menyangkal saat sidang menudingnya menjual bayi laki-laki itu. Ia pasrah dengan ancaman hukuman maksimal 10 tahun penjara, jika memang pengadilan memutuskan demikian pada Agustus mendatang.

Patty dan kekasihnya, Lawrence Works (42), menerima cek senilai US$30 ribu pada November lalu. Uang itu merupakan hasil penjualan cucunya, Aidan Fleming, yang masih berusia dua bulan. Mereka menjual Aidan di tempat parkir Daytona Beach.

Saat itu, pemberlinya adalah aparat keamanan yang sedang menyamar. Works dan ibunda Aidan, Stephanie Bigbee-Davis (22), juga menyatakan tak menantang putusan apapun dari hakim. Works dijatuhi hukuman 133 hari penjara, yang sudah ia jalani. Sedangkan Bigbee-Davis dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan Aidan saat ini berada di pusat perawatan anak.


Indo kata 10 Fakta kebodohan Negara Malaysia


tak paham betul la dengan dorang nihh..tak perlu la nak tunjukkan keburukan negara orang lainn.tak semua negara perfect la..haishhhhhh siap tunjuk list pulakk..kang kalau tunjuk list negara korang tak cukup number pulak tak perlu la nak rasict-2 nihhh tak matured la...

tengok sendiri link nihh : kotakhitamdunia.blogspot.com

Kes Kelahiran Pelik Di Dunia

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)


Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg.

Bayi Terkecil Dunia


Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.

Ibu Lelaki Pertama Dunia


Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui inseminasi buatan (artificial insemination).

Kembar Hitam dan Putih


Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)


Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.

Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)


Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan


Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).

Ibubapa Hitam Dan Anak Putih


Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yangmengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikansetiap gosip ketidaksetiaan si isteri.

Sumber : kongsa

Hot pengacara tv yang seksi

Ni lah pengacara tv yang seksi melampau ni luar negara,muka memang cantik la tapi penampilan di kaca tv yang agak stylo buat laki di luar sana..tapi ni 18SX tauu.







[Video] Malaysian Boy Remix By American Boy


Memang stylo lah lagu dy buat pasal malaysian,tapi kalau ade music sendiri confirm gempakk.tapi lagu nihh memang awesome la ^^

Koleksi topeng yang horror

Kalau dapat topeng nih banyak best wooo..nampak real beb topeng-2 nih semua.tapi purata harga topeng-2 nih rm1xxx ke atas punya.








Bila artis tanpa make-up memang tak dapat dipisahkan

Ni lah rupa artis tanpa make-up memang agak lain tapi ada yang sama jee kalau make-up or tak make up.so korang boleh nilaikan artis mana kalau tak make-up lagi cantik...hanya sekadar hiburan ^^


10 Air Terjun tertinggi di dunia

Air terjun adalah formasi geologi dari arus air yang mengalir melalui suatu formasi bebatuan yang mengalami erosi dan jatuh ke bawah dari ketinggian. Air terjun dapat berupa buatan yang biasa digunakan di taman. Beberapa air terjun terbentuk di lingkungan pegunungan dimana erosi kerap terjadi.
Berikut ini daftar 10 air terjun tertinggi  tertinggi di dunia. Beberapa nama mungkin nampak asing karena banyak sekali air terjun terkenal dunia ini karena keindahannya dan kebesarannya namun kali ini diurutkan berdasarkan ketinggiannya.
1. Angel Falls
Angel Falls
Angel Falls
Negara: Venezuela
Lokasi: Taman Nasional Canaima
Sungai: Gauja (Rio Gauya), anak sungai Rio Churún
Tinggi: 979 meter (3.212 kaki)
Informasi lain: Meskipun pertama kali dilihat di awal abad ke-20 oleh penjelajah Ernesto de Santa Cruz, air terjun ini tidak dikenal dunia sampai ditemukan secara resmi oleh penerbang Amerika, James Crawford Angel yang sedang terbang mencari lokasi tambang emas. Pada tahun 1936, James Angel kembali dan mendaratkan pesawatnya di dekat air terjun. Air terjun ini dinamakan “Air terjun Angel” untuk mengenang penemunya, James Crawford Angel. Suku Indian Pemon menyebut air terjun ini sebagai “Auyan-tepui” (”Aiyan-tepui”) yang berarti “Gunung Setan”.
2. Tugela Falls
Tugela Falls
Tugela Falls
Negara: Afrika Selatan
Lokasi: Taman Nasional Natal
Sungai: Tugela River
Tinggi: 948 meter (3,110 kaki)
Informasi lain: Ada terjun tertinggi kedua ini memiliki rata-rata volume 1 meter kubik /detik.
3. Cataratas las Tres Hermanas
Cataratas las Tres Hermanas
Cataratas las Tres Hermanas
Negara: Peru
Lokasi: Cordillera Oriental
Sungai: -
Tinggi: 914 meter (3000 kaki)
Informasi lain: Air Terjun ketiga tertinggi di dunia ini memiliki lingkungan indah yang terletak di hutan Amerika Selatan. Pepohonannya diduga mencapai ketinggian sampai 30 m. Sedangkan di bawah air terjun ini ada sebuah Danau dengan kedalaman mencapai 4 meter. Lingkungan air terjun Cataratas las Tres Hermanas memiliki keanekaragaman vegetasi dan hewan yang beraneka macam.
4. Oloʻupena Falls
Olo'upena Falls
Olo'upena Falls
Negara: USA
Lokasi: Molokai, Hawaii
Sungai: -
Tinggi: 900 meter (2953 kaki)
Informasi lain: Air terjun ini kurang terkenal munkgin karena volume airnya yang memang sedikit, hanya ketinggiannyalah yang membuatnya ada dalam daftar ini. Terletak di bagian utara-timur Pulau Hawaii Molokai.
5. Catarata Yumbilla
Catarata Yumbilla
Catarata Yumbilla
Negara:Peru
Lokasi: Cuispes, Arizonas
Sungai:
Tinggi: 896 meter (2938 kaki)
Informasi lain: Meskipun air terjun itu luar biasa karena ketinggiannya, volume air yang dihasilkan tidak besar karena me. Lokasinya juga cukup terpencil.
6. Vinnufossen
Vinnufossen
Vinnufossen
Negara: Norwegia
Lokasi: Sunndal, More Og Romsdal
Sungai: Vinnu
Tinggi: 860 meter (2822 kaki)
Informasi lain: Merupakan air terjun tertinggi di Eropa dan keenam di dunia.
7. Baläifossen
Baläifossen
Baläifossen
Negara: Norwegia
Lokasi: Ulvik, Hordaland
Sungai: Baläi
Tinggi: 850 meter (2788 kaki)
Informasi lain: Merupakan tertinggi kedua di eropa dan ketujun di dunia. Tetesan air terjun ini menuruni tebing setinggi 3.000 kaki ke perairan Osafjorden, anak sungai dari hulu Hardangerfjorden.
8. Pu’uka’oku Falls
Pu'uka'oku Falls
Pu'uka'oku Falls
Negara: USA
Lokasi: Molokai, Hawaii
Sungai: tak bernama
Tinggi: 840 meter (2756 kaki)
Informasi lain: Pantai utara Molokai memiliki tebing laut tertinggi di dunia. Setiap sungai yang turun atas tebing ini akan jatuh ribuan kaki ke laut. Termasuk air terjun ini.
9. James Bruce Falls
James Bruce Falls
James Bruce Falls
Negara: Canada
Lokasi: Princess Louisa Provincial Marine Park
Sungai: tak bernama
Tinggi: 840 meter (2755 kaki)
Informasi lain: James Bruce Falls adalah sebuah air terjun tinggi semi-musiman yang brasal dari danau salju kecil yang bertengger di atas pegunungan Prince Louisa . Nama James Brown adalah nama kakek dari seorang Surveyor yang meneliti Air Terjun ini.
10. Browne Falls
Browne Falls
Browne Falls
Negara: Selandia Baru
Lokasi: Fiordlands National Park
Sungai: -
Tinggi: 836 meter (2744 kaki)
Informasi lain: berada tengah-tengah pemandangan yang menakjubkan hutan hujan subtropis, jatuh ke teluk sempit di antara tebing tinggi di dekat Arm Hall. Seperti terlihat pada gambar, sumber airt terjun ini adalah adalah sebuah Danau 836 m diatas permukaaan laut yang saat penuh kemudian meluap ke sisi gunung.

Rakyat Malaysia buat 'magic' di Hollywood dan Las Vegas

Ahli silap mata Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan mengadakan persembahan bertaraf antarabangsa di Hollywood dan Las Vegas, Amerika Syarikat atas undangan Magic Castle Club, kelab yang terkenal bagi ahli silap mata dan peminat silap mata di negara itu.
Kabir Khan, 26, akan membuat persembahan di Hollywood pada September ini, dan di Las Vegas pada Oktober.
Pemergiannya ke Amerika Syarikat ditaja oleh syarikat tempatan iaitu Menara Kuala Lumpur, Asian Kitchen Sdn Bhd, Erat Semarak Sdn Bhd, The Sartorial, Fa'iq Jewels dan K S Gills.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau akan turut mengadakan persembahan yang beridentitikan Malaysia bagi mempromosikan negara di Amerika Syarikat.
Sebelum ini, beliau membuat persembahan di Emiriyah Arab Bersatu pada tahun 2009 atas jemputan Abu Dhabi Tourism Authority serta di beberapa hotel mewah di Abu Dhabi dan Dubai, katanya pada persidangan berita di sini.

Pelajar McBride School of Magic and Mystery, Las Vegas dan juga lulusan dalam bidang Manual Dexterity and Prestidigation dari Chaves Studio of Magic, Los Angeles berkata beliau berminat dalam bidang silap mata sejak berusia enam tahun selepas menonton persembahan silap mata oleh David Copperfield.
Kabir Khan turut melahirkan penghargaannya kepada segala sokongan yang diberikan oleh semua pihak untuk beliau membuat persembahan di Amerika Syarikat, dan berjanji untuk melakukan persembahan yang terbaik ketika di sana.
Beliau memulakan kariernya dalam bidang silap mata sejak di bangku sekolah dengan membuat persembahan di majlis makan malam korporat.
Kabir Khan, yang ingin melihat lebih banyak remaja Malaysia terlibat dalam bidang silap mata, bercadang membuka kelas seni tersebut untuk berkongsi ilmu yang dipelajarinya
Sumber : agen

Google bantu usahawan lebih mudah dikenali


Google kini menjadi satu medium untuk usahawan tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Usahawan tempatan kini tidak perlu berbelanja besar untuk bajet pengiklanan dalam usaha menambah baik kehadiran mereka di alam maya.
Laman web perniagaan kini boleh memperagakan tanda kedai (store sign) mengikut kehendak sendiri dan mendapat maklum balas serta merta daripada pelanggan mereka tentang promosi yang paling efektif.
Menurut Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan(gambar) , perniagaan itu juga dapat mendekatkan berjuta-juta orang yang mencari produk dan perkhidmatan tanpa perlu berbelanja besar selain boleh dilakukan dengan mudah.
‘‘Antara langkah yang perlu dilakukan adalah memastikan pelanggan dapat mencari anda (perniagaan yang dilakukan) dengan menyenaraikan perniagaan mereka dalam direktori dalam talian bagi memberitahu maklumat berkaitan perniagaan dengan hanya beberapa klik sahaja.
‘‘Sebagai contoh menyenaraikan perniagaan mereka dalam Senarai Perniagaan Google bermakna maklumat yang disimpan akan mula terpapar dalam carian dan peta Google.
Maklumat berkaitan perniagaan dan tawaran produk serta perkhidmatan secara percuma.
‘‘Direktori dalam talian bukan sahaja murah tetapi mudah ditafsirkan dengan lebih banyak trafik ke laman web perniagaan,’’ kata beliau dalam kenyataannya.
Katanya, untuk menyertai senaraian percuma boleh layari (http://www.google.com/local/add).
Tambah Sivanandan, langkah lain yang perlu dilakukan mereka adalah mempelajari apa kehendak pelanggan melalui data yang membuatkan orang ramai melawat laman web mereka dan dengan cara itu perniaga akan lebih memahami dan menarik lebih banyak pelanggan.
‘‘Dalam talian merupakan medium terbaik dalam melihat kesan pemasaran setiap perniagaan, dengan cara itu peniaga dapat menambah baik laman web sehingga mencapai kepuasan maksimum.
‘‘Selain itu, peniaga juga perlu mencari pelanggan mereka di mana-mana sahaja mereka berada, dengan cara mereka sendiri templates dengan logo, imej dan perkataan sendiri dan letakkan iklan tersebut di laman sesawang relevan bagi membolehkan pelanggan datang dekat dengan anda,’’ jelasnya.
Sivanandan berkata, peniaga juga disarankan untuk menguruskan laman web mereka sendiri mengikut garis panduan sesawang master Google dengan cara mencari perkataan bagi memudahkan pelanggan pergi ke laman web mereka.
Katanya, peniaga juga perlu mencipta laman sesawang yang berguna, dipenuhi maklumat dan secara jelas nyatakan apa perkara berkaitan perniagaan mereka.

Sumber : utusan

[Video] Party rock anthem promo kia


Memang kreatif yang buad video nih dan guna lagu top skunk :) thumb up..

Zizan diganggu roh gadis



FAKTOR kejayaan atau kegagalan sesebuah filem suatu yang subjektif untuk dirungkai. Ada filem yang menampilkan gandingan pelakon popular sebaliknya gagal meraih kutipan besar.
Malah, filem lain menggunakan tema dikitar semula mampu tarik perhatian penonton sehingga mencatat kutipan memberangsangkan. Sama ada filem itu berjaya atau gagal, ia tidak seharusnya mematahkan semangat produser tempatan terus berkarya menghasilkan filem baru.
Keberanian ini dibuktikan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang tidak putus harapan menghasilkan filem baru untuk menggalak penonton ke pawagam dan membangun industri perfileman tanah air.

Selepas mencipta kejayaan menerusi Remp-it (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Senario The Movie: Episode 1 (2008), Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) dan Adnan Semp-it (2010), Idham masih percaya genre komedi mempunyai tarikan kuat pada penonton.


Idham tampil dengan filem baru, Hantu Bonceng menampilkan Zizan Razak bersama �Juliana Evans, Jue Aziz dan Taiyuddin Bakar sebagai pelakon utama.


Filem terbitan Excellent �Pictures bersama Global Station Sdn Bhd ini ditayangkan di pawagam pada 1 Syawal lalu. Ia mengisahkan kehidupan penghantar piza, Amran lakonan Zizan yang dihantui roh seorang gadis, Maya selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan.

Plot bermula apabila Amran yang suka berlumba haram menang pertaruhan satu perlumbaan dan mendapat bohsia iaitu Maya sebagai hadiah kemenangan.

Idham berkata, kisah aksi komedi yang ingin disampaikan kali ini menjadi percubaan padanya dalam mendapat respons penonton.

“Apa yang saya mahukan ketika berkarya adalah mendapatkan cerita yang menghiburkan penonton. Namun, plot yang disampaikan tidaklah hanya santai, tetapi masih mempunyai isu atau mesej yang ingin disampaikan.

“Selepas menghasilkan pelbagai filem komedi sebelum ini, saya rasa masih nak teruskan komedi untuk filem baru. Soal lambakan filem baru ketika ini tidak boleh dipertikai kerana dari aspek perniagaan, ia menggalakkan ramai pelabur untuk masuk.

“Seperti orang berniaga rojak, orang lain juga berniaga sama apabila makanan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli,” katanya pada tayangan previu di pawagam Odeon, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Merangkap produser dan penulis skrip untuk filem ini, Idham berpandangan menanggung rugi sekiranya filemnya tidak mendapat sambutan adalah risiko yang harus diterima.

“Saya fikir ‘magic’ filem ini datang bila ia dapat tayangan pada Aidilfitri. Ia adalah keputusan antara pawagam yang mengambil filem ini sebagai pilihan utama dan ini sudah memberi kekuatan pada saya.

“Soal saingan, setiap filem mempunyai masa tayangan sendiri. Memberi kelebihan, filem saya sebenarnya mendapat tayangan dua minggu tanpa saingan.

“Saya tidak bimbang dengan filem lain kerana masing-masing membawa genre berbeza. Begitu juga, permintaan pawagam di luar negara memang mengejutkan. Filem ini ditayangkan di 76 pawagam tempatan termasuk dua di Singapura dan Brunei,” katanya.

Katanya, filem ini sudah mempunyai konsep di peringkat awal sebelum memilih Zizan sebagai pelakon utama. Dia melihat Zizan mempunyai gaya komedi tersendiri yang memberi kelainan pada aksi lakon yang ditunjukkan.

Bagi Zizan, tidak mahu mendabik dada andai segelintir penonton beranggapan dia adalah tarikan utama yang mengajak penonton ke pawagam.

“Saya fikir itu mentaliti segelintir orang tetapi saya beranggapan filem ini berjaya atas kerjasama semua pihak. Sebolehnya, saya tidak mahu watak lain tenggelam kerana saya tetapi apa yang penting, setiap pelakon mempunyai keserasian antara satu sama lain.

“Bekerja dengan Idham, dia banyak memberi kebebasan pada saya untuk kembangkan aksi komedi tetapi ia harus berlandas skop cerita itu.

“Idham seorang yang ringkas dan tahu menjaga ‘mood’ pelakon di set penggambaran. Apa yang memberi cabaran pada saya sebenarnya adalah mengawal aksi komedi agar tidak keterlaluan,” katanya.

Juliana pula berkongsi pengalaman sepanjang proses penggambaran suatu yang menyeronokkan. Dia yang pertama kali berlakon bersama Zizan dan produksi Excellent menyifatkan kerjasama terjalin secara profesional.

“Dalam filem ini, Juliana juga pertama kali melakonkan watak hantu. Walaupun tak selesa dengan solekan dan kostum dipakai tetapi ia memberi cabaran pada saya untuk terus harungi.

“Solekan mengambil masa selama sejam dan saya juga pening bila memakai kanta lekap dalam tempoh panjang. Menariknya ketika berlakon, muka kena serius tetapi sempat diusik Zizan dan Idham.

“Bagi saya, pengalaman berlakon filem ini adalah syot yang paling seronok. Sebenarnya, Idham banyak kali menawarkan saya berlakon tetapi jadual bertindih.

“Kebetulan ketika menerima tawaran Hantu Bonceng, saya mempunyai masa dan terus bersetuju untuk berlakon,” katanya.

Sumber : myMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top