Mayat gadis ditemui terbakar

Ape la nak jadi ngn dunia sekarang.

AMPANG: Satu mayat gadis yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui terlentang dalam keadaan 80 peratus badannya terbakar di Kampung Lembah Jaya Utara, di sini, tengah hari, semalam.
Difahamkan, mayat itu ditemui penduduk berhampiran sebuah loji kumbahan sebelum seorang wanita memaklumkan kejadian itu kepada polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan, kira-kira jam 1.35 petang.

Berdasarkan pemeriksaan forensik, identiti mayat itu masih tidak dapat dipastikan kerana keadaannya hampir rentung.

Mayat itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata tiada dokumen pengenalan serta barangan lain ditemui bersama mayat itu dan siasatan lanjut dibuat bagi mengenal pasti mangsa.

“Kami akan membuat pemeriksaan ke atas senarai orang hilang di Kuala Lumpur secepat mungkin.


“Selain itu, polis meminta maklumat penduduk sekitar kawasan kejadian yang mungkin tahu mengenainya,” katanya.

Amiruddin berkata, tempoh kematian mangsa juga masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan itu.


Bagaimanapun, tiada tanda kecederaan lain pada mayat yang lengkap berpakaian selain kesan dibakar.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

mymetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top