Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts
Malaysian Boy Vs American Boy : Altimet nak kena saman dengan Kanye West?
Malaysian Boy, sebuah lagu gabungan nyanyian artis tempatan seperti Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, & Rabbit Mac diterbit khas oleh pihak Astro sempena konsert Suara Kami yang akan diadakan pada 17 September 2011 di Stadium Merdeka. Konsert tersebut turut menampilkan barisan artis antarabangsa seperti kumpulan K-Pop Rania & Raja Pop Hong Kong, Hins Cheung.
Kurang daripada masa seminggu, lagu Malaysian Boy mula mendapat perhatian daripada penonton di Youtube apabila ia didakwa telah meniru lagu asal nyanyian Estelle & Kanye West berjudul American Boy. Kewujudan sedikit sampling chorus daripada lagu American Boy menjadi perbualan penonton yang kurang arif dengan prosedur hak cipta sehingga ada yang melabelkan penyanyi rap terkenal Malaysia, Altimet sebagai “plagiat” & “teruk”.
Walau bagaimanapun, Altimet yang ditemubual secara BBM sebentar tadi tidak menafikan atau mengiyakan desas-desus berkenaan saman seperti yang disebarkan dalam laman Twitter & Facebook.
Secara logik, lagu Malaysian Boy ni kan Astro punya. Dari mana datangnya spekulasi kononnya Altimet kena saman? Pelik, kan?Dewi Perssik Akan Berlakon Ala-ala Filem Porno?
Khabar dari seberang mengatakan bahawa pelakon popular dan jelita, Dewi Perssik akan berlakon dalam filem yang berunsurkan porno dan sudah semestinya filem untuk 18 tahun dan keatas. Filem yang bertajuk Pacar Hantu Perawan ini akan dilakonkan bersama pelakon dari luar negara.Dewi Perssik yang popular dengan cerita-cerita bergenre horror ini turut berkata,
“Walaupun saya main dengan bintang film porno tapi bukan berarti mereka bermain ‘BF’di sini. Ada romantisnya, tapi masih dalam koridor film di Indonesia,”
Dewi Perssik turut berkata walaupun filem yang akan datang ini akan mempunyai unsur-unsur porno tetapi didalamnya tetap akan diselitkan dengan pesanan moral yang sesuai untuk lapisan masyarakat.
Sebelum ini dia pernah menggemparkan dunia hiburan dengan gambar separuh bogelnya yang sangatlah awesome!
Penyanyi 18tahun mempunyai rumah bernilai 4milion
Dia muda, terkenal dan sangat kaya! Miley Cyrus, berumur 18, mempunyai rumah yang amat besar lima bilik tidur, tujuh bilik mandi, satu kumpulan, spa, sebuah gimnasium, satu dapu rprofesional dan satu pemandangan panoramik
Bekas Disney bintang membeli sebuah rumah di musim bunga tahun lepas $ 3.4 juta dalam satu rumah menarik. Kebelakangan , bagaimanapun, dia merasakan keperluan untuk menjauhi daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya sementara,
Miley Cyrus mempunyai keuntungan anggaran 120 juta dolar
Bekas Disney bintang membeli sebuah rumah di musim bunga tahun lepas $ 3.4 juta dalam satu rumah menarik. Kebelakangan , bagaimanapun, dia merasakan keperluan untuk menjauhi daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya sementara,
Miley Cyrus mempunyai keuntungan anggaran 120 juta dolar
gambar gambar bilik-2 Miley Cyrus
asian net.
Lindsay tak insaf lagi
LINDSAY... penuh kontroversi.
Maka, tidak salah sekiranya Lindsay Lohan mahu kelihatan seperti orang biasa ketika melangkah keluar dari rumahnya di Los Angeles, baru-baru ini.
Tapi dengan rambut panjang perang yang ditocang dan memakai cermin mata hitam, usaha Lindsay untuk tidak dikenali, gagal.
Awal minggu ini, aktres itu dilihat menghadiri konsert ‘Coldplay’ bersama adiknya Ali.
Lindsay dikatakan marah apabila dia tidak dibenarkan masuk ke belakang pentas untuk bertemu kumpulan itu selepas tamat persembahan.
Sumber memberitahu The Sun: “Bila Lindsay diberitahu yang pas yang dimilikinya tidak membolehkan dia masuk ke belakang pentas, dia mula berang.
“Dia membantah kepada urusetia yang menguruskan senarai tetamu dengan harapan mereka akan menukar fikiran tetapi mereka tetap berkeras.
“Dia bertambah marah apabila dapat tahu yang aktres Kate Bosworth ada di situ, berbual dengan Gwyneth Paltrow dan ahli kumpulan itu. Akhirnya dia bengang dan terus keluar.”
Persembahan Coldplay itu adalah acara yang biasa bagi Lindsay berbanding dengan pesta yang dihadiri kebelaka�ngan ini.
Bintang ‘The Mean Girl’ itu dilihat menghabiskan masa bersama Paris dan Nicky Hilton di beberapa acara tetapi kegemarannya berpesta dengan kawan-kawan telah menyebabkan ahli keluarga termasuk bapanya, Michael, bimbang Lindsay mung�kin kembali ke tabiat lama.
Kata Michael: “Saya bimbang dengan orang yang berada di sekeliling anak saya.
Dia sering bersama orang yang mahu menyusahkannya.
“Memang apa yang berlaku pada Lindsay ini adalah sesuatu yang sedih dan menakutkan. Saya mahu dia selamat.”
Dia memberitahu RadarOn�line, hanya satu cara saja untuk Lindsay kembali ke pangkal jalan, iaitu sentiasa bersama adiknya Ali.
Katanya: “Apa yang dia perlukan sekarang adalah keluarganya. Hanya Dina, Michael, Cody, Ali dan saya saja yang dapat membantunya untuk kekal serius.
“Dia perlu pulang. Dina dan saya mampu memberi sokongan kepadanya. Mungkin Lindsay patut masuk ke kolej dengan Ali.”
Lindsay diberi tempoh hingga Julai 2012 untuk menamatkan 480 jam khidmat kebajikan tetapi setakat ini dia hanya berjaya menamatkan 40 jam saja dan hakim tidak akan memberikannya masa tambahan.
Katanya: “Apa agaknya yang boleh buatkan dia dengar nasihat kami? Penjara bukanlah tempat untuknya, tapi dia perlu ke pusat pemulihan untuk memahami masalahnya.
“Dia pernah berada di tempat pemulihan yang paling teruk dalam negara ini.
Walaupun pusat itu terkenal, ia tidak bermakna mereka mempunyai program yang sesuai untuknya.”
Artis barat yang tak suka pakai bra
Tila Tequila:

Jennifer Aniston:
Britney Spears:

Christina Ricci:
Kate Moss:
Megan Fox:
LeAnn Rimes:
Sharon Stone:
Mischa Barton:
Lindsay Lohan:
Zizan raja lawak berlagak
SEMAKIN hari semakin kencang pelawak dan pelakon Zizan Razak membina nama dalam industri hiburan. Tapi dalam tempoh itu, dia juga dikatakan mula ‘hidung tinggi’ dan lupa di mana bumi dipijak.
Mungkin benar kata bijak pandai dalam industri hiburan, populariti kadang kala boleh menjatuhkan. Jika tidak kena pada caranya ia juga boleh memalitkan lumpur lantas mengotorkan nama sendiri.
“Bagi saya biar populariti itu yang mengejar kita. Tapi saya pentingkan produk terlebih dulu barulah populariti datang sendiri.
“Jangan cipta populariti kononnya nak glamor dengan cepat. Harapan saya apabila bekerja supaya orang terhibur dengan produk itu,” katanya yang sibuk mempromosi filem Hantu Bonceng yang sedang di tayang sempena Aidilfitri ini.
Jelas anak jati Terengganu ini, dia jenis yang tumpu pada kerja. Jika tidak, dia bimbang akan lalai dek disapa rapat populariti. Baginya, lebih baik tumpu pada kerja daripada mengarahkan kiblat ke arah itu.
Tatkala diusik dengan soalan pernahkah dirinya hampir terbabas dek penangan populariti yang dikecapi, Zizan dengan nada tenang bersyukur kerana masih mampu mengawal diri. Malah dengan seloroh Zizan sengaja bertanya maksud dan rupa populariti yang dimaksudkan.
Rancak berbual mengenai filem terbaru lakonannya yang menggandingkan Zizan bersama Juliana Evans dan Jue Aziz, SELEBRITI bertanya mengenai khabar angin mengatakan Zizan sudah mula berlagak sehingga mengundang rasa kurang senang banyak pihak, terutamanya pihak produksi yang menawarkan kerja kepadanya.
Tidak semena-mena Zizan terdiam seketika. Senyum tawar mula terukir seolah hatinya terusik dengan dakwaan itu. Tapi perlahan-lahan dia menarik nafas lantas bersuara semula.
“Saya tak tahu nak jawab macam mana. Jika jadual padat dan tidak dapat penuhi permintaan pihak produksi yang berkehendakkan saya, bermaksud saya ‘demand’? “Kenapa cakap saya macam tu? Apa sekalipun saya tidak kisah pada hal-hal seperti ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika saya suka buat sesuatu kerja itu, tak bayar mahal pun tak apa,” jelas Zizan lagi.
Katanya, sebagai artis dia ada hak untuk menolak. Antara sebab dia terpaksa menolak tawaran ialah tatkala jadual penggambaran yang bertindih dan skrip yang tidak sesuai.
Untuk kerjaya, dia akui perlu pilih mana satu yang selesa dengan dirinya. Malah tanpa berselindung, sekalipun dia dibayar mahal tapi tidak mampu lakukannya adalah lebih baik ditolak agar tidak menjatuhkan kredibilitinya sebagai pelakon.
Sekali lagi dia dilontar dengan soalan berkaitan disiplinnya yang dikatakan mula goyah. Sehinggakan ada suara mendakwa dia mula leka, sering datang lambat ke lokasi sehingga tidak prihatin pada jadual penggambaran yang diberikan padanya.
“Saya tidak nafikan hal itu ada berlaku tapi terus terang kerja saya memang penat. Saya faham kalau ada ‘cakap-cakap’ belakang. Kadang-kala hal ini berlaku secara tidak sengaja.
“Jika lambat ke lokasi saya akan maklumkan kepada pihak terbabit. Bila dalam keadaan penat contohnya sedang tidur kita tak sedar. Kalau saya tidak terjaga atau baru bangun, saya akan terus telefon, beritahu saya lewat dan minta maaf,” katanya penuh jujur.
Walaupun dihambat soalan-soalan ini, Zizan dengan tenang tidak kecewa dan akur ia sebagai peringatan kepada dirinya. Malah dengan nada penuh positif dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menegur.
Katanya, ia bermakna semua orang prihatin dengan perjalanan kerjayanya dan mahu melihat dia berjaya dalam industri.
“Saya minta maaf dengan apa yang berlaku sebab saya tidak pernah ’demand’. Itu rezeki saya. Inilah pekerjaan saya dan saya tidak akan tolak tanpa sebab yang kukuh,” jelasnya.
Sumber
Fathia tak "jual" tubuh
KUALA LUMPUR: “Saya pantang jika ada yang mengatakan nama saya menjadi pilihan pengarah mahupun penerbit kerana saya memiliki wajah cantik dan bukan bakat,” kata pelakon jelita, Nur Fathia Abd Latiff, 24, atau lebih mesra disapa Fathia.
Menurutnya, dia berlakon kerana minat mendalamnya dalam bidang lakonan dan bukan mementingkan bayaran.
Oleh itu, katanya, sebaik mendapat tawaran dia menerima setiap watak dan menghayatinya sebaik munkin.
Bagi Fathia, dia mahu dikenali kerana kebolehan dan bukan populariti serta pelakon yang menerima bayaran tinggi.
“Saya bukan ‘demand’ dengan setiap tawaran diberi, cuma saya tidak dapat menerima semua lamaran pengarah kerana kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan ketika itu.
“Lakonan hanya tuntutan kerja sambilan dan bukan sepenuh masa kerana saya masih ingin menikmati kehidupan sebagai pelajar,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Bagaimanapun, tindakan menolak tawaran mencurah-curah ketika ini menyebabkan sesetengah pihak beranggapan dia sudah ‘besar kepala’.
Namun, Fathia tidak cepat melatah dan menerangkan rasional dia mengambil jalan sedemikian, biarpun menyedari mungkin ada pihak terluka dan membuat andaian yang mengundang kontroversi negatif kepada dirinya.
Menurut penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, dia sebenarnya terpaksa ‘cuti seketika’ daripada dunia lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran yang akan bermula tidak lama lagi.
“Sebetulnya saya bukan merajuk atau bersara seperti digembar-gemburkan media, cuma saya kena tumpukan perhatian sepenuhnya kepada semester baru pengajian yang akan bermula pada 9 September ini hingga Disember depan.
“Mana mungkin saya berhenti kerana ini minat saya sejak kecil lagi. Namun saya kena berkorban kerana tidak mahu tumpuan kepada akademik terganggu dengan undangan lakonan.
“Berjaya dalam pendidikan adalah keutamaan buat masa ini kerana ia masa depan saya. Malah ayah dan ibu saya menekankan pentingnya untuk saya menggenggam segulung ijazah sebelum terus serius berlakon,” katanya.
Fathia berkata, dia tetap akan berlakon jika tawaran diterima tidak bertindih dengan jadual akademiknya, tetapi tidak mahu terburu-buru semata-mata bimbang hilang populariti.
“Saya masih terima tawaran jika jadual penggambaran tidak bertindih dengan minggu peperiksaan atau kerja kursus. Jika ada pengarah memahami dan sudi mengatur mengikut kesesuaian masa, saya tiada masalah untuk menerimanya,” kata pelakon berdarah campuran Arab di sebelah ibunya.
Mengulas permintaan peminat yang sudah sebati dengan wataknya bertudung di kaca televisyen, terutama dalam drama Stanza Cinta, Fathia berkata, dia berhasrat untuk bertudung kelak tetapi biar imej itu lahir berdasarkan keikhlasan.
Sumber









































