Malaysian Boy Vs American Boy : Altimet nak kena saman dengan Kanye West?


Malaysian Boy, sebuah lagu gabungan nyanyian artis tempatan seperti Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, & Rabbit Mac diterbit khas oleh pihak Astro sempena konsert Suara Kami yang akan diadakan pada 17 September 2011 di Stadium Merdeka. Konsert tersebut turut menampilkan barisan artis antarabangsa seperti kumpulan K-Pop Rania & Raja Pop Hong Kong, Hins Cheung.
Kurang daripada masa seminggu, lagu Malaysian Boy mula mendapat perhatian daripada penonton di Youtube apabila ia didakwa telah meniru lagu asal nyanyian Estelle & Kanye West berjudul American Boy. Kewujudan sedikit sampling chorus daripada lagu American Boy menjadi perbualan penonton yang kurang arif dengan prosedur hak cipta sehingga ada yang melabelkan penyanyi rap terkenal Malaysia, Altimet sebagai “plagiat” & “teruk”.
Walau bagaimanapun, Altimet yang ditemubual secara BBM sebentar tadi tidak menafikan atau mengiyakan desas-desus berkenaan saman seperti yang disebarkan dalam laman Twitter & Facebook.
Secara logik, lagu Malaysian Boy ni kan Astro punya. Dari mana datangnya spekulasi kononnya Altimet kena saman? Pelik, kan?


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top