Safee tak sabar nak gegar

pix_topright 
KELAB Liga Kejuaraan, Cardiff City terus memberikan peluang kepada pemain kebangsaan untuk membuktikan kemampuan bersaing dalam kancah bola sepak Eropah.
Kali ini kelab Liga Divisyen Dua England yang diambil alih ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee tahun lalu itu membuka pintu buat penyerang berbisa negara, Mohd Safee Sali untuk menjalani ujian percubaan (trial) selepas kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim terlebih dulu mendapat peluang terbabit.

Namun Mohd Safee yang juga penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya FC bakal terlebih dulu diuji bersama kelab berpangkalan di Wales selama dua minggu bermula Isnin ini dengan Mohd Safiq perlu memberikan komitmen bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya tidak terkecuali mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris. Malah ketika kecil saya mengimpikan beraksi di sana dan kini saya sudah dapat peluang melakukannya.

“Pintu sudah terbuka untuk saya. Ia peluang sekali dalam seumur hidup dan saya akan berikan segala-galanya untuk membuktikan kemampuan,” kata penyerang berusia 27 tahun itu yang sering dibandingkan dengan legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu adalah antara tonggak yang membantu Malaysia menjuarai piala rebutan rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama sehingga memikat hati Pelita Jaya FC untuk mengikatnya, sekali gus menjadi pemain tempatan pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL).


Malah kehadirannya di kelab terbabit amat dirasai apabila menjaringkan sejumlah gol penting untuk mengelakkan Pelita Jaya FC tersingkir ke liga bawahan.

Mohd Safee juga mempamerkan sentuhan berbisa pada Julai lalu apabila meledak dua gol ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top