Malaysian Boy Vs American Boy : Altimet nak kena saman dengan Kanye West?


Malaysian Boy, sebuah lagu gabungan nyanyian artis tempatan seperti Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, & Rabbit Mac diterbit khas oleh pihak Astro sempena konsert Suara Kami yang akan diadakan pada 17 September 2011 di Stadium Merdeka. Konsert tersebut turut menampilkan barisan artis antarabangsa seperti kumpulan K-Pop Rania & Raja Pop Hong Kong, Hins Cheung.
Kurang daripada masa seminggu, lagu Malaysian Boy mula mendapat perhatian daripada penonton di Youtube apabila ia didakwa telah meniru lagu asal nyanyian Estelle & Kanye West berjudul American Boy. Kewujudan sedikit sampling chorus daripada lagu American Boy menjadi perbualan penonton yang kurang arif dengan prosedur hak cipta sehingga ada yang melabelkan penyanyi rap terkenal Malaysia, Altimet sebagai “plagiat” & “teruk”.
Walau bagaimanapun, Altimet yang ditemubual secara BBM sebentar tadi tidak menafikan atau mengiyakan desas-desus berkenaan saman seperti yang disebarkan dalam laman Twitter & Facebook.
Secara logik, lagu Malaysian Boy ni kan Astro punya. Dari mana datangnya spekulasi kononnya Altimet kena saman? Pelik, kan?


Dewi Perssik Akan Berlakon Ala-ala Filem Porno?

Khabar dari seberang mengatakan bahawa pelakon popular dan jelita, Dewi Perssik akan berlakon dalam filem yang berunsurkan porno dan sudah semestinya filem untuk 18 tahun dan keatas. Filem yang bertajuk Pacar Hantu Perawan ini akan dilakonkan bersama pelakon dari luar negara.
Dewi Perssik yang popular dengan cerita-cerita bergenre horror ini turut berkata,
“Walaupun saya main dengan bintang film porno tapi bukan berarti mereka bermain ‘BF’di sini. Ada romantisnya, tapi masih dalam koridor film di Indonesia,”
Dewi Perssik turut berkata walaupun filem yang akan datang ini akan mempunyai unsur-unsur porno tetapi didalamnya tetap akan diselitkan dengan pesanan moral yang sesuai untuk lapisan masyarakat.
Sebelum ini dia pernah menggemparkan dunia hiburan dengan gambar separuh bogelnya yang sangatlah awesome!

Parking kereta yang fail


Parking kereta yang fail dan pelik








Bila kita sudah tiada apa jadi pada facebook



mari kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

Kegilaan baru di internet

EMPAT pemuda dengan aksi Batmanning di tempat letak kereta sebuah bangunan di New York.
EMPAT pemuda dengan aksi Batmanning di tempat letak kereta sebuah bangunan di New York.
NEW YORK: Ia dipanggil gantungan kelawar (Batmanning). Dan ia mungkin menggantikan tabiat berbaring secara meniarap (Planking), tetapi nampaknya keseronokannya mengatasi aksi bahaya itu.
Melakukan gantungan kelawar bermakna individu itu bergantung secara terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas tingkap atau apa saja. Mudah? Tidak juga. Aksi Planking menjadi tajuk utama akhbar selepas seorang individu maut setelah melakukan aksi itu di balkoni di Brisbane, Australia. Versi terbaru ini turut dikecam kerana ia lebih berbahaya.

Pencarian Batmanning di YouTube menunjukkan ia lebih banyak mendorong kepada kegagalan berbanding kejayaan. Memang wajar kerana ia memerlukan kekuatan kaki dan otot buku lali untuk dapat bergantung.

Dalam satu video, beberapa remaja perempuan mengangkat teman mereka dan membiarkan gadis itu tergantung di pintu almari pakaian. Mereka menonton aksi teman mereka sambil berjenaka dan kemudian...BOOM! Gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak.

Sesetengahnya pula lebih bersedia. Terdapat satu video menunjukkan seorang pelaku Batmanning memakai topi keledar ketika bergayut pada pintu dengan kaki di atas dan kepala dibawah, olah-olah tahu dia akan jatuh. Di satu tahap helmetnya terjatuh dan dia meminta rakannya memakaikan kembali kerana dia sibuk melakukan Batmanning. Beberapa saat kemudian dia jatuh. Mujur dia memakai topi keledar. .

Sekumpulan pelajar Universiti Purdue menggelar diri mereka ‘Batman Boilers’ dan menegaskan mereka berjaya merakam video Batmanning yang pertama - berjaya dari segi kemahiran Batmanning dan memuat turunnya di Internet.


“Ketika kami cuba melakukan Batmanning dan berjaya melakukannya, kami dapati tiada siapa berjaya melakukannya sebelum ini,” kata seorang anggotanya, Chris Ganz. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top