Sengat Rooney


SOFIA: England menaruh harapan besar ke atas Wayne Rooney mengemudi pasukan mendekatkan diri kepada kelayakan automatik ke Euro 2012 apabila menentang Bulgaria, hari ini ketika Fabio Capello mula menguji barisan muda untuk masa depan.

Prestasi penyerang Manchester United yang disifatkan ‘panas’ ketika ini selepas menjaringkan hatrik membantu pasukan membelasah Arsenal 8-2, Ahad lalu ditakrif sebagai ramuan terbaik buat mencanang cabaran skuad The Three Lions.
“Kami yakin untuk menang tetapi halangan menentang pasukan seperti Bulgaria tetap sukar,” kata Rooney yang percaya beberapa muka baru dalam pasukan termasuk rakan sepasukan United - Phil Jones, Tom Cleverley dan Chris Smalling boleh membantu impian England kali ini.
“Saya mahu melihat pasukan berjaya dan dengan beberapa pemain muda pasukan saya yakin kami akan berjaya.”

Sementara itu, pengurus Bulgaria, Lothar Matthaus akur mereka bukan tandingan lawan yang berada dalam ranking keempat dunia.

“Kami akan pastikan mereka tidak pulang dengan kemenangan. Tekanan adalah pada England dan ia satu impian untuk menewaskan mereka di gelanggang sendiri.’ - Agensi

Sumber : Berita harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top