Arwah Minat ‘Black Hawk Down’


MALANG TAK BERBAU... foto Noramfaizul yang dirakam rakan media, Bani Amin Ahmad Zabidi, di Mogadishu pada pagi kelmarin, beberapa jam sebelum dia maut dalam insiden tembakan ketika perjalanan pulang ke hotel penginapan.
MALANG TAK BERBAU... foto Noramfaizul yang dirakam rakan media, Bani Amin Ahmad Zabidi, di Mogadishu pada pagi kelmarin, beberapa jam sebelum dia maut dalam insiden tembakan ketika perjalanan pulang ke hotel penginapan.
TEMBUS CERMIN... kenderaan dinaiki Noramfaizul yang ditembak, kelmarin.
TEMBUS CERMIN... kenderaan dinaiki Noramfaizul yang ditembak, kelmarin.
MOGADISHU: “Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi ‘Black Hawk (helikopter) down’ ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi,” kata Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam 10.30 malam, kelmarin.
Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia).

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan arwah serta lapan lagi rakan media yang tinggal di hotel berasingan dengan 47 lagi anggota misi menaiki dua kenderaan untuk pulang ke tempat penginapan dan bersiap sebelum dijadualkan bertemu Presiden Somalia (Sharif Ahmed) pada jam 9 malam.

Menceritakan tragedi itu, Aji berkata dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan.

Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar kawalan keselamatan.

“Selepas berjaya masuk, beberapa orang di situ cuba memberi rawatan, namun gagal menyelamatkan nyawa Abang Faizul. Syukur saya hanya terkena serpihan tembakan yang mengorbankan arwah, jika tidak Tuhan saja yang tahu nasib saya.


“Arwah masih bernyawa selepas terkena tembakan, dia hanya mengerang kesakitan dan tidak mampu berkata apa-apa walaupun berkali-kali saya memanggil namanya,” katanya.

Aji berkata, ketika kejadian, dia mendengar satu tembakan sebelum berasa panas di lengan kanannya dan sebaik memeriksa mendapati lengannya luka seperti kesan terbakar.

“Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya.

“Ketika itu saya baru sedar arwah turut terkena tembakan dan saya nampak bahunya berlubang serta darah mula keluar dengan banyak,” katanya yang masih terkejut dengan tragedi itu.

Jenazah arwah bersama 54 lagi anggota misi bantuan, termasuk tiga wakil media daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijadualkan tiba di Subang, hari ini.

Seramai 55 rakyat Malaysia, termasuk wakil media, berada di Mogadishu bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan bagi rakyat Somalia yang menderita kebuluran.

Arwah antara 17 wakil media yang turut serta dalam misi berkenaan.

Sumber

Tak disangka bungkusan itu adalah bahan letupan


PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan,” kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin.
Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.

“Selepas selesai, saya terus ke kereta yang diletakkan di sebuah tanah lapang sebelum terpandang objek itu.

“Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.

“Saya yang mula tidak sedap hati segera menghubungi bapa saudara untuk memeriksanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, bapa saudaranya datang untuk memeriksa dan mahu memotong lilitan dawai itu, namun dinasihatkan orang ramai supaya menunggu polis tiba.


“Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.

“Saya tiada musuh dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapapun. Mujur saya dan anak tidak cedera dalam kejadian ini,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.

Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.

“Saya tidak perasan atau mengesyaki sesuatu, malah selepas ibu sampai ke kereta dan memberitahu melihat sesuatu yang pelik pada ekzos, saya turun untuk memeriksanya tetapi masih tidak mengesyaki ia bahan letupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan.

“Kami turut memanggil Unit Pengesan Bom dan didapati bungkusan itu sejenis bahan letupan disyaki mercun yang mampu memusnahkan tangki minyak kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.

Katanya, bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter dan suspek yang melakukan perkara ini mempunyai niat mencederakan pemilik kereta itu.

“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati bahan itu dililit dengan sempurna dan kemas supaya tidak mudah jatuh jika kenderaan itu bergerak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berjaya memusnahkan bahan letupan terbabit pada jam 8.45 malam.

“Kita akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan mengesan motif suspek melakukan perkara ini,” katanya yang turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sumber

Says no meniru

kelakar kalau sekolah buat mcm nih time semua peperiksaan..maklum la budak2 sekarang suka meniru kan.dalam peperiksaan pmr dan spm pon boleh meniru ape lagi peperiksaankan so cik kena buat mcm ni lah.hahaha

Budak Ini Hidup Setelah Mati Selama Satu Jam

Orangtuanya menangis terharu ketika melihat Alfie Davies boleh merayakan ulang tahun pertama dengan ceria. Masih lekat di benak mereka ketika Alfie hampir kehilangan nyawa di usia 21 hari.
Lahir prematur ketika usia janin masih tujuh bulan, Alfie sempat kehilangan fungsi jantung dan paru selama kira-kira satu jam di inkubator. Ia mengalami serangan jantung sehari selepas doktor melakukan pembedahan untuk memperbaiki gangguan diagfragma.
Ibunya Raquel Clempson, ingat betul peristiwa mengerikan yang terjadi tahun lalu. Kala itu, ia sudah pasrah jika harus kehilangan buah hatinya yang sangat kecil. “Monitor memperlihatkan jantungnya sudah berhenti bernafas dan petugas perubatan terus berjuang menyelamatkan nyawanya,” ujar wanita usia 30 tahun itu.
Tidak hanya keluarga, pegawai perubatan juga tak menyangka Alfie selamat dan boleh merayakan ulang tahun pertamanya dengan ceria. Banyak orang menyebutnya bayi ajaib. “Kami benar-benar beruntung dan berterima kasih pada Tuhan kerana selepas serangan jantung itu tidak ada kerosakan pada otak,” beritahu si ibu.

10 bayi yang ganjil di dunia

Setiap hari, beratus ribu bayi dilahirkan seluruh dunia. Tapi, hanya segelintir sahaja yang didapati berlainan dengan bayi-bayi lain yang dilahirkan normal. Ada sesetengah masyarakat menganggap ia adalah satu keajaiban dan ada pula yang menganggap ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan genetik. Berikut adalah kes yang sangat unik dan jarang ditemui. Korang boleh buat andaian sendiri sama ada benda ni terjadi adalah kebetulan ataupun keajaiban?
10. Bayi Berekor!
10
Bayi ni dilahirkan di India pada tahun 2001. Ekornya diketahui umum selepas setahun kelahirannya. Kebanyakan masyarakat India menganggap bayi ini adalah roh ataupun jermaan tuhan mereka. Lucu!
9. Bayi 16 Jari Kaki
9
Budak ni dilahirkan pada 5 November 2008 dengan 8 jari di setiap kaki. Tapi malangnya takde Ibu jari pada kedua belah tangan. Tersilap pasang la pulak.
8. 4 Kaki dan 4 Tangan!
8
Ni satu lagi kes di India. Mungkin orang India ni tak cukup zat besi kot sampai jadi mutasi macam ni. Masyarakat di India menganggap budak ni sebagai jelmaan tuhan mereka!
7. Dua Kepala!
7
Bayi ni dilahirkan dengan 2 kepala di Bangladesh. Tak ada info lebih pasal budak ni. Tu je.
6. Mutasi
mutasi
Bayi ni dilahirkan pada tahun 2006. Tak tau pulak kat mana. Tapi doktor mengesahkan bahawa bayi ni disebabkan oleh kondisi anencephaly (Ada kena mengena dengan perkembangan otak yang tak betul)
5. Bayi Badut. – Jenis Ichthyosis
5
Bayi ni dilahirkan di Gilgit, Pakistan. Tapi, bayi ni mati sejurus selepas dilahirkan.
4. Bayi Paling Kecil Di Dunia
4
Amillia Taylor tercatat dalam Book of Record sebagai bayi paling kecil di dunia! Dia dilahirkan awal 2 minggu sebelum tarikh yang ditetapkan oleh doktor. (pramatang la)
3. Kembar Berlainan Bangsa
3
Ni lagi pelik! Emak sama, Bapak sama, tarikh lahir pun sama tapi bangsa berlainan! Kedua-dua bayi ni (Kaydon dan Layton Richardson) baru je sambut ulang tahun pada Julai 2010.

2. Mengandung Pada Usia 2 Tahun!
2
Bayi perempuan ni mengandungkan kembarnya yang bersifat parasit. Selepas pembedahan, budak ni dah normal dah.
1. Mati Hidup Semula!
1
Bayi ni sebenarnya dah disahkan mati semasa dilahirkan (pramatang) tapi selepas 2 jam, bayi ni hidup balik dengan sihat seperti bayi normal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top