Google bantu usahawan lebih mudah dikenali


Google kini menjadi satu medium untuk usahawan tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Usahawan tempatan kini tidak perlu berbelanja besar untuk bajet pengiklanan dalam usaha menambah baik kehadiran mereka di alam maya.
Laman web perniagaan kini boleh memperagakan tanda kedai (store sign) mengikut kehendak sendiri dan mendapat maklum balas serta merta daripada pelanggan mereka tentang promosi yang paling efektif.
Menurut Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan(gambar) , perniagaan itu juga dapat mendekatkan berjuta-juta orang yang mencari produk dan perkhidmatan tanpa perlu berbelanja besar selain boleh dilakukan dengan mudah.
‘‘Antara langkah yang perlu dilakukan adalah memastikan pelanggan dapat mencari anda (perniagaan yang dilakukan) dengan menyenaraikan perniagaan mereka dalam direktori dalam talian bagi memberitahu maklumat berkaitan perniagaan dengan hanya beberapa klik sahaja.
‘‘Sebagai contoh menyenaraikan perniagaan mereka dalam Senarai Perniagaan Google bermakna maklumat yang disimpan akan mula terpapar dalam carian dan peta Google.
Maklumat berkaitan perniagaan dan tawaran produk serta perkhidmatan secara percuma.
‘‘Direktori dalam talian bukan sahaja murah tetapi mudah ditafsirkan dengan lebih banyak trafik ke laman web perniagaan,’’ kata beliau dalam kenyataannya.
Katanya, untuk menyertai senaraian percuma boleh layari (http://www.google.com/local/add).
Tambah Sivanandan, langkah lain yang perlu dilakukan mereka adalah mempelajari apa kehendak pelanggan melalui data yang membuatkan orang ramai melawat laman web mereka dan dengan cara itu perniaga akan lebih memahami dan menarik lebih banyak pelanggan.
‘‘Dalam talian merupakan medium terbaik dalam melihat kesan pemasaran setiap perniagaan, dengan cara itu peniaga dapat menambah baik laman web sehingga mencapai kepuasan maksimum.
‘‘Selain itu, peniaga juga perlu mencari pelanggan mereka di mana-mana sahaja mereka berada, dengan cara mereka sendiri templates dengan logo, imej dan perkataan sendiri dan letakkan iklan tersebut di laman sesawang relevan bagi membolehkan pelanggan datang dekat dengan anda,’’ jelasnya.
Sivanandan berkata, peniaga juga disarankan untuk menguruskan laman web mereka sendiri mengikut garis panduan sesawang master Google dengan cara mencari perkataan bagi memudahkan pelanggan pergi ke laman web mereka.
Katanya, peniaga juga perlu mencipta laman sesawang yang berguna, dipenuhi maklumat dan secara jelas nyatakan apa perkara berkaitan perniagaan mereka.

Sumber : utusan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top