W.E. Madonna tak laku



WATAK UTAMA...pengarah W.E, Madonna (tengah) diapit aktres Britain, Andrea Riseborough (kiri) dan Abbie Cornish (Australia) di Venice, Itali, semalam.

WATAK UTAMA...pengarah W.E, Madonna (tengah) diapit aktres Britain, Andrea Riseborough (kiri) dan Abbie Cornish (Australia) di Venice, Itali, semalam.
VENICE: Di atas pentas, Madonna mungkin diterima sebagai “ratu pop”, namun cubaannya untuk mengembangkan bakat seni sebagai pengarah nampaknya tidak seperti diharapkan.
Mempertaruhkan filem arahan pertamanya di Festival Filem Venice kali ini, Madonna berharap pengkritik memberikan penghargaan tinggi kepadanya.

Bagaimanapun, filem W.E. yang diarahkannya itu gagal menarik perhatian ramai apabila kebanyakan pandangan awal menganggap ia sekadar karya sederhana atau lemah.

W.E. diilhamkan daripada kisah cinta janda warga Amerika Syarikat, Wallis Simpson, yang menjalin hubungan dengan Raja Edward VIII Britain.

Hubungan itu mendorong raja terbabit melepaskan takhtanya bagi membolehkan dia berkahwin dengan Wallis.

Kata Madonna, dia terpesona dengan kisah hidup Wallis sejak sekian lama.


“Saya kagum bagaimana seorang lelaki mempunyai kedudukan tinggi sanggup melakukan pengorbanan besar demi cinta,” katanya.

Andrea Riseborough membawakan watak Wallis, manakala Abbie Cornish diberi peranan sebagai wanita moden yang obses kepada wanita yang mencetuskan krisis perlembagaan 1936 itu.


Tanpa mempedulikan perasaan Madonna, akhbar Guardian di Britain hanya memberikan satu bintang untuk filem berkenaan.

Pengarang dan pengkritik filem Guardian, Xan Brooks, berkata dia tidak pasti sama ada Madonna bersungguh-sungguh menghasilkan filem itu.

“Jika dia bersungguh-sungguh, filem Madonna ternyata lebih lucu daripada apa yang kita jangkakan kerana apa yang cuba dihasilkan ternyata membuahkan kesan yang berbeza,” katanya.

Pengkritik lain juga memberikan komen negatif walaupun lebih berhati-hati dan bersopan.

Wartawan Hollywood Reporter, Todd McCarthy, berkata mungkin sampai masanya untuk penyanyi berusia 53 tahun itu meninggalkan bidang pengarahan filem.

“W.E. memang mempesonakan mata dan telinga, tetapi tiada apa-apa untuk mengisi jiwa,” katanya.

Ketua pengkritik untuk Screen Daily, Mark Adams, berkata Madonna mempunyai cita-cita tinggi seperti yang ditunjukkannya ketika memburu cinta.

“Kadang-kadang ia berjaya dicapai tetapi ada ketikanya dia gagal,” katanya.

Bagaimanapun, Adams memuji lakonan Andrea yang dianggap “agak cemerlang.” Akhbar Daily Telegraph pula menilai W.E. dengan tiga daripada lima bintang, manakala Baz Bamigboye dari Daily Mail sekadar memberi komen sederhana.

“Ramai yang akan menggemarinya semata-mata kerana ia diarah Madonna,” katanya. - Reuters

Sumber : myMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
back to top